Sahliza Binti Haji Jani @ Hj Abdul Halim

Sahliza Binti Haji Jani @ Hj Abdul Halim

Monday, December 31, 2012

Di JOm Heboh Bukit Jalil

 Papepun kita sarap dulu baru bertenaga nk berjalan, i nk order lontong tp dh habis pulak huhu, nasi lemak juga kasi order
 Naik la LRT ropenye sume pun naik LRT berduyun duyun manusia hah


 See, 3 pasang RM5 pakai tuk bertahun tahun pun bole
 Chirldren playground pun ada
 Tenok abang ni sanggup berpanas, mesti byk komisen dia dapat kannn


 Melodiii, ramainyer org sampai nk tengok Zizan dari dekat pun tak dapt, semua org jerit zizannnn zizannnn, tapi zizan pun sporting dgn gaya lawak dia tu


 See tengok kitaorg borong sakan hah amik
 potato chip 6 paket RM 10 murah gilerr kan
 Orang berduyun duyun lagi datang, sib baik cuaca elok
Balik dari Jom Heboh singgah makan dulu di restoran Dato' Yusof Haslam ni, ramai tul org di hujung minggu

Friday, December 28, 2012

inilah gorgeousku

Inilah kucingku gorgeous yg sgt aktif.. aktif sesangat

anak anak gorgeous

Ini kucingku Gorgeous
Ini anak anak gorgeous yang tomei tomei dan sangat actif macam gorgeous jugak
Kije panjat memanjat je hujung minggu baru boleh keluar ya, sorry ya kena penjara dulu, byee cuttee


ciku ciku mak

Tu dia ciku ciku mak yang saya bawak dari kampung, besaq besaq gajah kan, tapi anak-anak lari nampak buah ciku tak terhingin diaorg nk makan

Thursday, December 27, 2012

selamat pengantin baru jiranku

Selamat Pengantin Baru kepada jiranku Faridah dan pasangannya yang chinese look tu pada hari ahad yang lepas, selamat berbulan madu ke Langkawi, bagus En Ghani & familynya masih mengekalkan gotong royong untuk masak lauk hidangan tak payah pun amik catering mering, selamat melayari bahtera rumahtangga hingga ke akhir hayat. Aminn.. Tak sempat nak amik gambar bersanding melepas oden.

go down jb

turun jb ngn opis collegue kije punye hal, kite breakfast dulu ya

Wednesday, December 26, 2012

ri ni lunch d pizza hut


ri ni lunch d piza hut dgn akak, borak tak hingat sampai lupa nk amik gmba yg kitaorg makan, ri ni kitaorg makan chicken chop, mushroom soup, chicken wing, garden salad dan hot milo, kenyang tak terhingga, kakak bekalkan dengan kek pisang yang tomeii dapp

dapat buah lagi

Beli sekilo buah dukung dapat berkilo kilo lagi buah dukung jiran yang bermurah hati bagi bawak dari kampung dia, namanya En Kamal dan Kak Zakiah sekeluarga, terima kasih cam tau tau je saya nih peminat buah ni semua, alhamdulillah dapnyerr..

Buah manggis dan rambutan pun dia bagi jugak, memang saya peminat buahan ni semua, ermm mum mum

buah cempedak di luar pagar

Beli cempedak di luar pagar sekilo RM5 dua kilo dh sepuluh hinggit, nanti kalau dah time murah sekilo boleh sampai RM singgit je tapi bilalah nk turun harganya takkan nk tunggu sampai kempunan, buah cempedak saya boleh bedal sebelum saya sempat menggorengnya, minat betul dengan buahan tempatan.

Gamba yg ni cam blur pulak lah

buah dukung lagi

Beli sekilo buah dukung makan lagi masih tak puas puas manis manisnya

Monday, December 24, 2012

FENOMENA DURIAN CREPE

Fenomena durian crepe sudah semakin surut, tetapi masih ada yang belum dapat memakannya kerana agak sukar didapati. Kalau teringin sangat nk makan buatlah sendiri search resipi di internet, jangan sampai macam kempunan telur tembakul.



tabik spring dgn mak






Semua bunga-bunga di atas adalah dari daun getah ciptaan emak, sungguh kreatif dan rajin emak, tabik spring dengan emak.
Ini bunga dari bahan buangan plastik, sungguh rajin emak memotong, mewarna dan membentuknya.
Bunga ini pula dari daun pisang dan daunnya dari pokok jambu, cayalah emak semua benda dapat diguna semula.

sogo sale - handbag

Yang simple designnya dan menarik adalah kegemaranku.
Simple and nice, i likeeee
Yang paling berkenan sebenarnya tang tangkai dia hahaha

buahan tempatan manggis dan duku langsat tetap di hatiku

Buah-buahan tempatan macam inilah yang saya cari, memang puas dapat makan banyak-banyak, kalau buahan moden buat jus je sedap.

Wednesday, December 19, 2012

going back home town

Petang ni balik kampung relaxs ngan mak hari rabu sampai sabtu je coz hari ahad de kenduri kawin

income tax

pagi ni pergi income tax, bulan bulan bayar pun masih x cukup apadaa cekik darah tullah, ok ok takut kena saman plak

Tuesday, December 18, 2012

today @JB

today go down jb to setle my work w porche comfortable and safety drive

Saturday, December 15, 2012

kenduri aqiqah jiran

Hari ini menghadiri kenduri aqiqah jiran rumah, tuan rumah tumbang 2 ekor kambing, masak juga ayam masak lemak cili api, sotong sambal, ikan masin, telur masin, ulam ulaman dan sambal belacan, kuih muih dan bubur kacang hijau durian, nak ambil gambar hp x bawa.

central market - pesta makan

Kepada sesiapa yang suka makan sila datang ke central market ada pesta makan makan dari 14hb sampai 16 hb disember, selamat menjamu selera.

Friday, December 14, 2012

iphone 5

pergi maxis center taman tun hari ni dah macam pasar borong punyala ramai orang berebut untuk dapatkan iphone 5, launch hari ini sampai kehabisan stock la queue panjang yg belakang melopong.

Thursday, December 13, 2012