Sahliza Binti Haji Jani @ Hj Abdul Halim

Sahliza Binti Haji Jani @ Hj Abdul Halim

Friday, March 29, 2013

Buah Markisa

Nampak tak buah tu, gambar ni di ambil di office ku, ni buah markisa ataupun bahasa kampungnya buah susu haha, dulu masa sekolah rendah dulu pernah jual buah ni di sekolah berebut rebut diaorang nak beli sebab kat rumah dulu banyak buah ni mak tanam.

Lempeng

Haa tengok ni berselera tak, mari bersarapan lempeng dengan kuar kari sardin, memang lempeng lah yang selalu di buat kerana keenakkannya, makanan sejak dari azali lagi semenjak sedari kecil memang lempeng juga yang emak selalu buat.

Thursday, March 28, 2013

Botol Air Anak Beranak

Satu emak satu anak hahaha botol air anak beranak, jangan botol saje yang banyak tapi minum air nye tak, kenalah menyedarkan diri supaya minum air masak banyak banyak sekurang kurangnya lapan gelas sehari, janganlah macam ada orang tu sampai masuk hospital kena masuk air sebab badan dah tak cukup air kekeringan air sangat.

Tuesday, March 26, 2013

Di Giant

Donut ambil 6 ketul..
Ni satu bekas..
Ni satu bekas..

Sonoknyer bebudak ni jenjalan, snap picture dulu sebelum bershopping
besaq betul qisya nganga

Bagi budak bermain sebelum balik umah

Friday, March 22, 2013

Laksa

Lunch hari ini i pekena laksa, sangat pekat kan laksa ini, nak tahu macam mana boleh pekat, sebab saya ambil sendiri dan saya ceduk yang tang pekat tu haha sebab kedai makan tak cukup pekerja ramai yang cuti sakit bagai.. arrghh kenyangnye but alhamdulillah

DURIANN I WANT DURIAN

Nak makan durian, sedapyer durian, nak g cari durian, durian oh durian kenapalah engkau menggiurkan

Thursday, March 21, 2013

Di Perpustakaan Negara

Pernahkah anda ke perpustakaan negara?. Banyak betul buku-buku di situ kan, seumur hidup pun mungkin tak boleh habis baca walau kita pergi setiap hari, seronok melihat buku-buku yang begitu banyak, berkawan rapatlah dengan buku untuk mendapat ilmu yang banyak.. indahnya buku

Tuesday, March 19, 2013

Di Suatu Senja

Pelangi senja, kau bawalah aku terbang bersama sama pelangi yang berwarna warni dengan keceriaan yang mengasyikkan pemandangan mata yang memandang..
Udah lama la bendera-bendera ni berterbangan ditiup bayu semakin layu namun waktu mengundinya pulak yang tidak kunjung tiba..BN atau KEADILAN semua sama semua mahukan kemenangan..

Sunday, March 17, 2013

Air Terjun


Cuba teka air terjun ini di mana? haa di PWTC je haha, cam nak mandi je kan nampak air terjun, tapi kalau nak bunuh diri bolehlah gi terjun sebab air dia deras giler, dah lama tak mandi air terjun..

Saturday, March 16, 2013

Menu Nasi AYAM

Ha, menarik tak ayam ayam ni, minggu lepas nasi ayam minggu ni pun nasi ayam lagi, lepas ni entah bila lagi nak buat sebab dah puas makan. Memang banyak tak hingat tak puas lagi tak taulah
Menarik tak nasi ayam ni tapi warna kuning dia tak sekata pulak kan, tapi yang penting rasanya memang terangkat hehehe
Alaa timun plak xde, gunalah apa yang ada dalam peti ais.

Monday, March 11, 2013

Lunch at Lake club

Lunch di Kelab Taman Perdana DiRaja Kuala Lumpur, Steak + bread pudding + banana split + ice lemon tea + coffee, bapak punya giler kenyang hahaha kenyang perut suka hati, apalagi rasa nak tido lah pulok

Saturday, March 9, 2013

Monday, March 4, 2013

JOM MAKAN JAMBU BATU

 Jom makan jambu batu dengan kuah rojak petang2 begini, teringat di zaman kanak2 dahulu banyak betul pokok buah jambu batu, di rumah kawan2 pun banyak pokok, puaslah makan buah jambu batu, skrg kt bandar ni mana ada pokok :-(

Penyampaian Sijil Asas Renang

 Ahad lepas diadakan penyampaian sijil asas renang tahap 1 di Stadium Renang MPS, edikit jamuan disediakan untuk meraikan kejayaan anak-anak kita di ujian renang tahap 1

 Sedikit ucapan dari coach renang kita
 Alamak golap pulak gamba ni
Inilah kanak-kanak yang lulus ujian ranang tahap 1 bersama coach Ibrahim dan coach Din dan pengurus kita Pn Milah.