Sahliza Binti Haji Jani @ Hj Abdul Halim

Sahliza Binti Haji Jani @ Hj Abdul Halim

Wednesday, February 27, 2013

attend petronas course at bangi - cepat2 la habis jgn membebel2

Pukul 6 jugak habis aduyai dah la jam sana sini lotih betui nak sampaikan Bangi gi Selayang imagine je lah tensionnyer

Thursday, February 21, 2013

Maggie Lagii Lagi Lagi Maggie

 
Bole maggie lagi kat kedai pun order maggie siap telur 2 biji lagi camne ni apa nk jadi haha

Sambal Goreng

Pernah cuba tak sambal ni, sambal simple je lada besar, bawang dan ikan bilis, goreng je dgn garam gula dan air asam jawa, berselerakan kalau makan

Friday, February 15, 2013

jom makan maggie

jom makan maggie mlm2 begini nasi je boing kan

JOm minum petang


Jom minum petang, hai camnilah kalau cuti cuti ni tak kerja asyik melantak je kat umah, nasib baik lah tak duduk kat umah jadi housewife kalau idok mesti dah membulat badan nih, jom makan goreng pisang, goreng cempedak dan samosa nyummy...

Miow Cute Terbalik

cute giler miow ni kan hahaha cute sebab terbalik

Thursday, February 14, 2013

Jom makan rojak

Tak tau nak makan apa malam ni, last2 makan rojak jelah ngan teh tarik, huby pun sama rojak, budak2 makan burger, jom makan rasanya boleh tahan

Jom layan Dominos Pizza

Kalau rasa malas malas nk masak tu jom kita mengorder mengcalling calling or membeli saje, jom layan dominos pizza, ada tebal, sederhana tabal dan nipis, tapi yg nipis tu nipis sangatlah kan, sepatutnya yg nipis tu murahlah sikitkan harganya sebab x pakai byk tepung tul tak


 Jom makan

 See yang crunchy thin crust tu dah macam kerepek plak sangat nipis tapi papepun sedapp juga haha layann
Sib baik tak sibuk sangat taklah lama nak menunggu

Wednesday, February 13, 2013

Kenduri di kg.

Masa di kg. hari Isnin yang lepas sempat buat kenduri arwah. Buat secara ringkas sahaja, takdelah buat nasi ambeng, cuma buat bihun sup dan kuih muih je, tak mau penat mak kata, musim hujan di kg. pagi petang hujan, tido malam sejuk sesangat. Ni jelah gamba yg. sempat diambil.

 Kuih kasui, kuih lapis coklat, kuih pulut panggang, kuih donut goreng sambal dan kuih nagasari.
 Bi hun sup.
 Puding susu pun ada.
Emm biasala tempe dan tahu favourite org. kg. cecah dgn. sambal kicap, tahu cecah sambal kicap memang favourite oden tapi tempe kureng sikit. Kalau kerepek tempe sambal bagi sekilo oden boleh porabihkan.
 Donut goreng cili, order jgn tak order, jangan tak percaya harga hanya RM1 untuk 5 ketul,
Pulut panggang, ni dh tinggal setengah, setengah lagi dah dihidangkan.. nyummy... peminat pulut..

Sharnaaz Putuskan Hubungan Dengan Shila Amzah

Kasihan pada Shila dan kasihan pada Sharnaaz, semestinya Shila tidak dapat menumpukan perhatian pada konsert atau persembahannya kerana gangguan emosi, ND Lala sepatutnya memutus dari awal, tetapi secara peribadi saya bukan peminat Sharnaaz dan berharap Shila akan dapat pengganti yang lebih baik. Apapun kita tunggu kisah selanjutnya..
Pelakon Sharnaaz nekad membuat keputusan mahu melupakan terus cintanya dengan penyanyi Shila Amzah.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelakon filem Juvana itu turut enggan dikaitkan lagi dengan keluarga bekas kekasihnya.

“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala” katanya.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

Tambah Sharnaaz, sikap yang diambil ND Lala seolah-olah menunjukkan beliau terlalu ego sehingga tidak memberi ruang pada Shila membuat keputusan dalam menentukan masa depannya sendiri.

“Biarkanlah kalau dia mahu terus begitu. Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara ini,” tegasnya.

Isnin lalu, ND Lala telah melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dan bakal mengadakan sidang akhbar khas tidak lama lagi.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga.

Pada Jumaat lalu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube.

Kedai Roti Favourite "Four Leaves"

Saya memang peminat roti, semua saya minat lah sebab saya seorang pemakan, sesiapa yang pergi ke Sogo tu jangan lupa singgah di Four Leaves, my favorite bread shop, banyak jenis roti ada dijual di sini standby duit banyak banyak je..









Mengikut Rombongan Pengantin

Sabtu lepas mengikut rombongan jiran ke kenduri kahwin di rumah pengantin lelaki pulak yang diadakan di Setapak. Tahniah jiranku Faridah.


 Memang sepadan bagai pinang tak di belah hee.
Kenduri di buat meraikan dua pasang mempelai, suami Faridah dan pasangan abang suaminya.

Jom Bersarapan Dgn Nutella

Waktu bersarapan memang pening nak masak apa, yang penting untuk budak-budak nak pergi sekolah, nak digorengkan nudget saje bukannya elok sangat menda-menda tu, asyik asyik nasi goreng je jemu jugak, roti telur roti bakar roti roti, meh cuba dengan nutella memang light and easy, tapi tak boleh bertahan lama jugak, 2-3 hari dah jemu dh tak mau makan, carilah juga menu lain.

Thursday, February 7, 2013

CNY MAKAN BESAR

penuh 5 table alhamdulillah semua datang 50 org,  meriah riuh rendah, minggu depan cuti 1 minggu relaks sakan, shopping shopping sakan time

at Pizza Hut Taman Tun

pizza pizza lizza haha zass